Nina (lakonan Hanez Suraya) kini kembali solo menerusi "Autumn Di Hatiku 2". Namun berita kepulangan Autumn (lakonan Kim Jin Sung) ke Malaysia mengembalikan memori cinta lama di hatinya.

Nina juga terpaksa berhadapan dengan pesaing perniagaannya, sebuah kedai roti berdekatan kepunyaan Summer Kim (lakonan Youmie Robert) yang baru dibuka dan menerima kunjungan ramai. Nina, Jaja (lakonan Ezzaty Abdullah) dan rakan mereka, Ramon (lakonan Iedil Putra) lantas merancang untuk menarik perhatian pelanggan dan menewaskan pesaing mereka yang juga merupakan saingan Nina dalam memikat hati Autumn.

Pada masa yang sama, Rizal Abdul Waris (R.A.W. lakonan Amran Ismail) yang merupakan rakan kongsi Autumn muncul mahu memikat Jaja dan mengusir Autumn daripada syarikat mereka dengan apa jua cara sekalipun.

Adakah Autumn mampu semarakkan semula perhubungannya dengan Nina? Atau mungkinkah Summer bakal mengisi tempat di hati Autumn menggantikan Nina?