• Terkini dari GUA

    Profil Tomok

    Pemenang lelaki pertama One In A Million!

    Memulakan kerjaya seni di peringkat remaja ketika berumur 15 tahun, Tomok telah merakamkan album pertama dengan kumpulan yang diberi nama New Boyz. Minat terhadap seni nyanyian tidak pernah pudar dan nyata sekali ketika beliau menyertai One In A Million pusingan 3, mencuri hati segenap pelusuk negara yang tidak jenuh menanti persembahan Tomok setiap minggu. Dengan itu juga, setelah merangkul takhta sebagai pemenang lelaki pertama dalam siri reality itu, Tomok telah pun mengeluarkan album solo pertamanya dengan pertolongan Monkey Bone dan The 8 Unit.

    BIODATA

    Nama : Shah Indrawan bin Ismail @ Tomok
    Tarikh Lahir : 17th May 1984
    Umur : 27 tahun
    Tinggi : 175 cm
    Berat : 55 kg
    Muzik : Pop rock & rock
    Hobi : Menyanyi, bermain PS2 dan memancing
    Personaliti : Ringkas, penyayang, kreatif, suka berjenaka dan peramah.

    Semangat Inspirasi Tomok

    Perjalanan Tomok tercetus dari kisah semangatnya yang begitu menyintai muzik dan para peminat.

    Untuk merealisasikan potensi sebenarnya, Tomok telah melalui satu perjalanan yang penuh ranjau sejak bergelar anak seni.

    Visinya untuk berjaya, mengatasi kesukaran, membina nama di dalam industri muzik Malaysia serta ketabahannya bila berhadapan dengan cabaran dan memajukan dirinya merupakan antara sebab dia dipilih untuk koloborasi Semangat Inspirasi.

    Perjalanan Tomok bakal memberi inspirasi kepada para peminat untuk mengambil langkah yang sama dalam mengenal pasti potensi mereka dan berusaha ke arah kejayaan.

    Jangan lupa mengikuti perkembangan terkini rakamannya dengan ONO, jelajahnya ke UK dan lebih lagi.

    Anda juga mempunyai peluang membintangi bersama Tomok di dalam klip video koloborasi tersebut.

    Profil One Night Only

    One Night Only merupakan sebuah kugiran rock indie Inggeris yang sedang hangat diperkatakan di Eropah. Kisah 'semangat' mereka melihat kugiran ini melebarkan sayap ke rantau Asia untuk merealisasikan potensi sebenar mereka.

    Tomok bersama One Night Only berharap dapat menggalakkan muda-mudi Malaysia untuk menyemaikan semangat motivasi ini dalam diri mereka, sekaligus memenuhi potensi sebenar mereka melalui koloborasi Semangat Inspirasi.

    Tunggu isyarat memanggil dan anda hanya perlu menyenandungkan korus lagu
    "Buka Semangat" daripada Tomok dan One Night Only!"



    "Ohhh….Oh Ohhh, Oh,Ohhhhhh"

    Anda berpeluang untuk menang 4 tiket eksklusif konsert SEMANGAT INSPIRASI dan album terbaharu Tomok.

    Jika anda pemanggil masa bonus, anda juga berpeluang membawa pulang produk edisi terhad dari Coca-Cola.

    "Peraduan Oh Buka Semangat" hangat di HOT FM!
    Bermulai 7 November 2011.
    Tweet #semangatinspirasi & #bukasemangat
  • Video
    BTS 03
    BTS 02
    BTS 01
    Buka Semangat
    Quickie 02
    Quickie 01
    Album Design
    Picture Slide
    Pemenang Buka Semangat
    Di Sebalik Tabir
    Chopp Behind the Scene 01
    Chopp Behind the Scene 02
    Chopp Behind the Scene 03
    Tomok Interview 01
    Tomok Interview 02
    Tomok di London
    Coke Music Video
    Tomok
    Tomok
    Press Conference
  • Galeri
  •  
  •  
  •  
  •  
  •